Dec 062018

Assalammualaikum.

Hari ni berpagian di UTC KK ni untuk buat pemeriksaan gigi si Arian ni. Gigi sangat teruk, tidak macam gigi abang dulu. Alhamdulillah,dapatlah sapuan florida percuma. Hehe.

Minggu lalu, boleh baca entry sebelum ni. Saya tak akan review lagi sebab nak didik hati dan minda terus move forward dan redha.

Last Saturday, I happened joining my mother attending a seminar in Tabung Haji Hotel, KK.

Betullah bila kita berada pada lowest point kita, bagi kita yang Muslim ni better berbalik lah pada Allah.

Allah gerakkan hati saya untuk ikit seminar Audit Life Supermommy by Pn Husna Haron hari itu, rupanya nak bagi minda dan hati saya terbuka seluas nya untuk terima Dia secara optimum.

Ini FB profile Pn Husna Haron bagi yang tak biasa dengar namanya. Beruntung sangat belajar dari beliau.
Klik sini >> Husna Haron

SEMINAR AUDIT LIFE SUPERMOMMY MENGAJAR BETAPA WAJIBNYA HATI DIDIDIK HANYA MENGINGAT ALLAH S.W.B

Kami bermula seawal 4 pagi. Jadi saya gerak dari rumah jam 3.30 a.m. Kebetulan, rumah hanya di Putatan dan jalan pun clear pepagi kan.

Pertama kali lah setelah meninggalkan zaman sekolah menengah buat Qiam, diiringi taddabur surah. Ni pun setelah ditimpa musibah baru nak terhegeh hegeh kan. huhu.

Alhamdulillah pagi tu setelah Subuh, barulah pertama kali dalam hidup ini betul betul rasa impak Al-Waqiah tu. Dimana, dulu selalu baca tapi rasa tu tak sampai. Baca untuk dapat keuntungan rezeki katanya, tapi tidak dihayati pun isinya.

Alhamdulillah, as time goes by the whole day, banyak input yang selama ni kita tahu tapi tak praktikkan. huhu. Contohnya, pengurusan masa lah. Selalu kita struggle kan macamana nak bahagikan masa, tapi dalam masa yang sama kita masih tak membahagikan tugas tugas dalam rumah kepada seluruh ahli keluarga yang ada.

Basically, Puan Husna banyak kongsi beberapa rezeki lah yang beliau dapat dalam masa beliau menghayati Al Quran. Bukan sehari dua ni dapat tapi mengambil masa selepas beliau setiap masa membuat sentalan hati.

Allahu Akbar.
Allahu Akbar.
Allahu Akbar.

Bagi yang ada masalah susah hati selalu, tak tenang, buat bisnes tapi duit pendapatan tak diurus dengan baik, dugaan rumah tangga, dugaan mendidik anak dan sebagainya anda WAJIB datang dalam seminar bersama Puan Husna ini. 

Untuk seminar seterusnya di Sabah, hanya akan berlaku pada 28 0 30 haribulan Disember 2018. Ini seminar Full Time Revamp, lebih advance sedikit daripada seminar Audit Life tadi. 

Bertindak awal untuk mencari ketennagan hati dari redha Nya. Dia tidak menunggu kita, maka kita lah yang kena cari redha Nya. Bahagia kita adalah satu redha dari ALLAH, bila masa insan sekeliling kita redha pada kita.

Jika ada yang mahu turut serta dalam seminar ini, boleh hubungi saya juga dan klik ini FULL TIMEREVAMP . Saya akan bantu cara – cara untuk ikut seminar ini.
Jadikab Al Quran sebagai panduan hidup, jadikan Allah sebagai ‘guru’ terbaik kita. Tanya lah apa saja, mintalah apa saja dari Dia.

Semoga istiqomah dalam membuat kebaikan.

Till then,
Love

Please follow and like us:

NidaSyam

Im a mother of 3 boys, very active and growing up fast. I love to share oir little family's happiness with you, thus I love to write about it.


Write a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge